Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Maaf dipohon...sudah lama tidak diupdate blog ini. Kali ini baru berkesempatan bercerita. Harap para pembaca dapat maafkan kami. =D
Kami baru sahaja selesai mengikut bengkel GroomBig SIRIM dan MITI untuk produk makanan dan minuman bagi kawasan Pantai Timur. Macam mana pula kami boleh terbabas ke Pantai Timur? Kerana mengejar masa..Pantai Timur pun tiada masalah. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Insya Allah, ada rezeki kami..hjung tahun ini, kami akan lancarkan produk baru Zaisara yang akan mula memasuki Pasaraya (pasaran runcit). Semoga diizinkan Tuhan. Terima kasih kepada pihak MITI dan GroomBig SIRIM atas kepercyaan yang diberikan kepada kami.
Bakal dikeluarkan hujung tahun ini, Insya Allah. Doakan kami ya. Semoga anda mudah mendapatkannya di pasaraya nanti.
Tak lama lagi dah nak tiba Ramadhan, kurang dari 2 minggu..Ramadhan bakal menjelma. Alhamdulillah, moga kita dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini. Zaisara sudah mula sibuk sejak bulan Mei lagi...kami sudah mula menyediakan biskut bukan untuk hari raya sahaja tetapi untuk pembelian awal oleh mereka yang ingin mengedar/menjual biskut Zaisara. Selain itu juga, pembeli-pembeli runcit sering juga datang ke bengkel Zaisara untuk mendapatkan produk kami. Ada yang menikmatinya sewaktu minum petang, sewaktu menonton tv dan ada juga untuk hadiah dan hantaran buat teman dan pasangan.
Kami sudah mula mengedarkan katalog kepada para pengedar yang berminat. Ada 20 jenis biskut semuanya...namun, baru 3 minggu lepas, kami menambah lagi satu produk iaitu Makmur. Namun, biskut Makmur tidak dapat dimasukkan ke dalam katalog. Bermula tahun ini, bagi mereka yang hendak menjadi pengedar, kami mencadangkan datang ke bengkel Zaisara dan merasa semua biskut yang ada. Pada kami, pengedar perlu merasa kerana untuk bercerita kepada pelanggan tentang produk jualannya. Untuk sample kepada pelanggan, pengedar perlu membelinya dan terpulang kepada pengedar cara persembahannya. Selain itu, kami berikan katalog secara percuma kepada pengedar untuk dijadikan rujukan buat pelanggan. Bagi pembelian runcit, kami juga mengalu-alukan kehadiran Tuan Puan untuk menikmati produk kami. Bengkel kami dibuka setiap hari kecuali Ahad dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Jadual waktu Ramadhan akan dimaklumkan kemudian.
Makmur...macam mana pula boleh tertinggal dan tak dimasukkan dalam katalog? Seperti yang diceritakan sebelum ini, Makmur baru sahaja diputuskan sebagai salah satu produk raya tahun ini beberapa minggu lepas. Katalog Zaisara pula telah siap dicetak pada bulan Mei lalu. Makmur Zaisara cukup berbeza kerana namanya dan juga isinya...rasanya apatah lagi. Makmur kami Makmur Badam. Intinya badam cincang...bila ada menikmatinya akan terus cair di dalam mulut dan rangup mengunyah badam yang ada tanpa sedar. Terasa tepung makmur yang lazat mengalir di tekak...dan kemungkinan bagi mereka yang mengimbau nostalgia, kami syorkan anda menikmati Makmur Badam ini. ( tetapi tiada jaminan sesedap zaman nostalgia anda kerana..nostalgia itu yang menjadikan anda lebih menikmatinya)
Bgai mereka yang ingin mendapatkan produk Zaisara...anda boleh hubungi kami di talian 019-3431063 / 013-6249318. Atau layari
www.zaisara.com untuk mengetahui produk-produk kami dengan lebih lanjut.
Selamat menyambut Ramadhan. Semoga ibadah kita diterima Allah swt.